Saturday, 1 December 2012

Soalan "spot" Geografi SPM 2012

Kebelakangan hari ramai anak murid cikgu menghubungi cikgu dan tanya tentang soalan spot Geografi. Sebenarnya soalan spot cuma merupakan soalan analisis tahun-tahun lepas dan juga pengumpulan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri yang lain.

Untuk tahun ini, bagi soalan struktur ( soalan 6-7), berilah tumpuan kepada tajuk gunung berapi, luluhawa kimia, tolok hujan atau anemometer, hujan asid, pulau haba dan hutan konifer.

Untuk bahagian esei, tumpu pada tajuk piramid progresif / stabil, faktor kadar kelahiran tinggi, kesan penduduk lebihan / kurangan; pembandaran, faktor mempengaruhi dan taburan petempatan bandar; perikanan dan perlombongan petroleum / bijih timah. Keterangan lanjut boleh klik link berikut:

 SOALAN "SPOT" GEOGRAFI SPM 2012

Semoga anak-anak murid cikgu selamat menjawab pada 3hb dan 4hb Desember 2012 dan berjaya skor A!!!

Wednesday, 17 October 2012

Percubaan Geografi SPM 2012 negeri Pahang


Perhatian untuk anak-anak murid SMK Bedong yang mengambil Geografi SPM, dapatkan soalan Percubaan Negeri Pahang dan Skema di link berikut:

Trial SPM Geografi Pahang 2012

Monday, 24 September 2012

Skema Jawapan Trial SPM Geografi 2012 Negeri Kedah


Skema Jawapan Trial SPM Geografi  2012 Negeri Kedah

Bagi anak-anak murid cikgu bolehlah klik link di bawah untuk dapatkan skema jawapan negeri Kedah.

Skema jawapan Trial Geografi 2012

GEOGRAFI SPM 2012 - FOKUS UNTUK SKOR A


Kepada anak-anak murid yang mengambil subjek Geografi :

Sebagaimana yang sering cikgu bagi tau, Geografi SPM bukanlah satu subjek yang susah, malahan ia merupakan satu subjek yang mudah untuk  anak-anak murid cikgu untuk skor A,  bagaimana caranya ?  

1. Buatlah latihtubu kertas 1 bagi soalan-soalan tahun lepas. Ini penting kerana Kertas 1 biasanya menjadi penentuan sama ada anda mampu dapat A+ atau tidak.

2. Berilah tumpuan kepada topik-topik yang dijangka keluar ( berasaskan analisis soalan tahun-tahun lepas )

3. Klik link di bawah untuk dapatkan fokus Geografi 2012. SEMOGA BERJAYA

 GEOGRAFI SPM 2012 - FOKUS UNTUK SKOR A

Saturday, 11 August 2012

SKEMA JAWAPAN MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 5

SKEMA JAWAPAN MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 5

Bagi murid-murid SMK Bedong yang mengambil subjek Geografi SPM diminta lengkapkan Modul Geografi T5 yang disediakan untuk ulangkaji anda. Soalan-soalan yang disediakan dalam modul itu kemungkinan besar akan disoal balik dalam Peperiksaan Percubaan SPM atau dalam SPM sebenar. Cikgu akan upload jawapan dari semasa ke semasa. Jawapan untuk Tema 4,Tema 5, Tema 6, Tema 7 dan Tema 8 boleh didapati daripada link yang berikut:

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

TEMA 7 : SUMBER

TEMA 8 : KEGIATAN EKONOMI

Saturday, 4 August 2012

SPM TRIAL EXAM 2012 / JADUAL SPM 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAHPUN "AROUND THE CORNER". HARAP MURID-MURID YANG DISAYANGI  PULUNLAH SESUNGGUH-SUNGGUHNYA UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KHASNYA DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI...

BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN JUGA JADUAL SPM 2012 SEBENAR, HARAP ANAK-ANAK YANG CIKGU SAYANGI SEMAKLAH JADUAL BETUL-BETUL DAN BUATLAH JADUAL ULANGKAJI BERKALA SPM SUPAYA MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG KELAK.

MATAPELAJARAN GEOGRAFI KERTAS 2 JATUH PADA 3 DIS 2012 HARI ISNIN JAM 2.00 - 4.00 PETANG. GEOGRAFI KERTAS 1 JATUH PADA 4 DIS 2012 HARI SELASA JAM 2.00 - 3.15 PETANG. KLIK DI LINK BERIKUT UNTUK JADUAL SPM 2012...
JADUAL SPM 2012

Wednesday, 4 April 2012

SOALAN PERBINCANGAN PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN LIMA

SOALAN PERBINCANGAN PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN LIMA


Bagi murid-murid yang terlibat dengan Program "You Are My Buddy" bolehlah download soalan di link berikut : Soalan Perbincangan Program You Are My Buddy
Mentor-mentor diminta memaklumkan soalan perbincangan kepada mantee dan membuat agihan tugasan masing-masing.
perbentangan dijangka akan bermula pada minggu ke 3 bulan April.