Thursday 30 May 2013

Geografi PMR / SPM / STPM: Teka Silang Kata Geografi

Geografi PMR / SPM / STPM: Teka Silang Kata Geografi: Teka Silang Kata Geografi  : Untuk Perhatian mentor-mentor program You Are My Buddy, sila muat turun teka silang kata Geografi dan dapatkan ...

Teka Silang Kata Geografi

Teka Silang Kata Geografi  : Untuk Perhatian mentor-mentor program You Are My Buddy, sila muat turun teka silang kata Geografi dan dapatkan jawapan bersama-sama mentee anda, selain daripada hadiah untuk pemenang, setiap penyertaan juga akan dapat mata untuk kumpulan masing-masing.
Selamat Mencuba!

Sila Klik Link Berikut untuk muat turun : Teka Silang Kata Geografi

Sunday 19 May 2013

Program You Are My Buddy Tingkatan 4 & Tingkatan 5 Tahun 2013

Program You Are My Buddy Tingkatan 4 & Tingkatan 5

Selamat sejahtera kepada semua anak-anak murid yang cikgu sayangi.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 sedang berlangsung, di sini saya mengambil kesempatan mendoakan kalian semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin dan baik . 

Cuti Penggal Pertama "around the corner", jadi janganlah lupa tugasan masing-masing. Di sini cikgu dah upload senarai tugasan "You Are My Buddy" berserta dengan ahli kumpulan masing-masing.  Sila klik link di bawah :
Senarai Tugasan Dan Ahli Kumpulan Program You Are My Buddy

(Sekiranya ada perubahan ahli kumpulan, sila maklumkan kepada cikgu secepat mungkin).

Disamping itu juga, untuk mengisi masa lapang sepanjang masa cuti, satu pertandingan meneka silang kata Geografi akan diadakan khas untuk Kumpulan Program You Are My Buddy. Kumpulan mana yang dapat jawapan paling tepat dan paling awal menghantar jawapannya akan mendapat vocher KFC  berserta markah bonus 50 mata untuk kumpulannya. Kumpulan penyerta yang lain akan mendapat markah bonus 20 mata. 

Soalan teka silang kata akan di"upload" pada masa cuti, sila ambil perhatian. Tarikh tutup ialah pada 20 Jun 2013.