Saturday 1 December 2012

Soalan "spot" Geografi SPM 2012

Kebelakangan hari ramai anak murid cikgu menghubungi cikgu dan tanya tentang soalan spot Geografi. Sebenarnya soalan spot cuma merupakan soalan analisis tahun-tahun lepas dan juga pengumpulan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri yang lain.

Untuk tahun ini, bagi soalan struktur ( soalan 6-7), berilah tumpuan kepada tajuk gunung berapi, luluhawa kimia, tolok hujan atau anemometer, hujan asid, pulau haba dan hutan konifer.

Untuk bahagian esei, tumpu pada tajuk piramid progresif / stabil, faktor kadar kelahiran tinggi, kesan penduduk lebihan / kurangan; pembandaran, faktor mempengaruhi dan taburan petempatan bandar; perikanan dan perlombongan petroleum / bijih timah. Keterangan lanjut boleh klik link berikut:

 SOALAN "SPOT" GEOGRAFI SPM 2012

Semoga anak-anak murid cikgu selamat menjawab pada 3hb dan 4hb Desember 2012 dan berjaya skor A!!!

Wednesday 17 October 2012

Percubaan Geografi SPM 2012 negeri Pahang


Perhatian untuk anak-anak murid SMK Bedong yang mengambil Geografi SPM, dapatkan soalan Percubaan Negeri Pahang dan Skema di link berikut:

Trial SPM Geografi Pahang 2012

Monday 24 September 2012

Skema Jawapan Trial SPM Geografi 2012 Negeri Kedah


Skema Jawapan Trial SPM Geografi  2012 Negeri Kedah

Bagi anak-anak murid cikgu bolehlah klik link di bawah untuk dapatkan skema jawapan negeri Kedah.

Skema jawapan Trial Geografi 2012

GEOGRAFI SPM 2012 - FOKUS UNTUK SKOR A


Kepada anak-anak murid yang mengambil subjek Geografi :

Sebagaimana yang sering cikgu bagi tau, Geografi SPM bukanlah satu subjek yang susah, malahan ia merupakan satu subjek yang mudah untuk  anak-anak murid cikgu untuk skor A,  bagaimana caranya ?  

1. Buatlah latihtubu kertas 1 bagi soalan-soalan tahun lepas. Ini penting kerana Kertas 1 biasanya menjadi penentuan sama ada anda mampu dapat A+ atau tidak.

2. Berilah tumpuan kepada topik-topik yang dijangka keluar ( berasaskan analisis soalan tahun-tahun lepas )

3. Klik link di bawah untuk dapatkan fokus Geografi 2012. SEMOGA BERJAYA

 GEOGRAFI SPM 2012 - FOKUS UNTUK SKOR A

Saturday 11 August 2012

SKEMA JAWAPAN MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 5

SKEMA JAWAPAN MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 5

Bagi murid-murid SMK Bedong yang mengambil subjek Geografi SPM diminta lengkapkan Modul Geografi T5 yang disediakan untuk ulangkaji anda. Soalan-soalan yang disediakan dalam modul itu kemungkinan besar akan disoal balik dalam Peperiksaan Percubaan SPM atau dalam SPM sebenar. Cikgu akan upload jawapan dari semasa ke semasa. Jawapan untuk Tema 4,Tema 5, Tema 6, Tema 7 dan Tema 8 boleh didapati daripada link yang berikut:

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

TEMA 7 : SUMBER

TEMA 8 : KEGIATAN EKONOMI

Saturday 4 August 2012

SPM TRIAL EXAM 2012 / JADUAL SPM 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAHPUN "AROUND THE CORNER". HARAP MURID-MURID YANG DISAYANGI  PULUNLAH SESUNGGUH-SUNGGUHNYA UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KHASNYA DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI...

BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN JUGA JADUAL SPM 2012 SEBENAR, HARAP ANAK-ANAK YANG CIKGU SAYANGI SEMAKLAH JADUAL BETUL-BETUL DAN BUATLAH JADUAL ULANGKAJI BERKALA SPM SUPAYA MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG KELAK.

MATAPELAJARAN GEOGRAFI KERTAS 2 JATUH PADA 3 DIS 2012 HARI ISNIN JAM 2.00 - 4.00 PETANG. GEOGRAFI KERTAS 1 JATUH PADA 4 DIS 2012 HARI SELASA JAM 2.00 - 3.15 PETANG. KLIK DI LINK BERIKUT UNTUK JADUAL SPM 2012...
JADUAL SPM 2012

Wednesday 4 April 2012

SOALAN PERBINCANGAN PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN LIMA

SOALAN PERBINCANGAN PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN LIMA


Bagi murid-murid yang terlibat dengan Program "You Are My Buddy" bolehlah download soalan di link berikut : Soalan Perbincangan Program You Are My Buddy
Mentor-mentor diminta memaklumkan soalan perbincangan kepada mantee dan membuat agihan tugasan masing-masing.
perbentangan dijangka akan bermula pada minggu ke 3 bulan April.

Tuesday 27 March 2012

UCAPAN TAHNIAH SPM

UCAPAN TAHNIAH khas buat anak-anak murid cikgu yang berjaya skor A dalam mata pelajaran Geografi.
CONGRATULATIONS  & Well Done. Anda telah membuktikan untuk diri anda dan juga rakan-rakan semua bahawa anda mampu melakukannya.

Ucapan Tahniah Khas buat Muhamad Asyraaf B Mohd Nasir kerana berjaya memperolehi straight As dan A+ untuk Geografi. Tidak tertinggal juga Syabas kepada Jegathis Nair a/l Murthy; anda telah berjaya menjadi  "role model" kepada murid-murid aliran Sastera; anda bukan sahaja skor A dalam Geografi, tetapi juga A untuk tujuh mata pelajaran yang lain. Well done!!! Jegathis.

Buat Erma Aida, Mohammad Amir Faris, Nor Asmira, Norhafifi, Nurul Afiqah, Syamsyul Insani, Tan Zhi Zin, Mohd Azim Luqman, Muhamad Irfan, Norfahana bt Mohamad, Nurul Aima, Muhammad Syakir, Nur Farahanim, Nur Fatin Munira,  Siti Noor Zulaiha, Azizul, Mohamad Afiq, Nadetul Ainor, Nur Hamira, Nur Nadzirah, Siti Fatimah, Siti Nazirah , Santhis Kumar, Amin Irfan, Mohamad Firdaus, Muhammad Faiz, Nor Farhana Razali dan Siti Adibah. Tahniah kerana berjaya Skor A dalam Geografi,  dan Terima Kasih kerana anda semua telah berjaya membantu meningkatkan pencapaian prestasi Sekolah dan khasnya dalam mata pelajaran Geografi. Thank You cikgu ucapkan.

Akhir kata, Semoga kalian semua berjaya melanjutkan pelajaran ke  IPT, dan jangan lupa nasihat cikgu, orang Geografi ini ialah orang Pencinta Alam....

All The Best!.

Wednesday 14 March 2012

KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC TINGKATAN LIMA

Terlebih dahulu cikgu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak murid cikgu yang berjaya mendapat markah 70 dan keatas. Tahniah kepada Jaya Kanes, Kiran Raj, Mohamad Farizal, Mohd Amirul shafiq, Idayu Wahidah, Kausaliya, Norsuhada, Nursyifa, Nurul Aishah, Siti Norshafikah, Nurul Hidayah   , Putri Zaleha, Aina Farahin dan Siti Munirah bt Md Zainun. Syabas! Semoga teruskan usaha dan membawa Kejayaan dalam SPM nanti.
Bagi Kelas 5S1 / S2, Kumpulan Great dibawa mentor Norsuhada bt Zainal berjaya mendapat markah kumpulan tertinggi bagi ujian kali ini dengan markah 74%., diikuti Kumpulan Exellent dibawa mentor Mohamad Farizal b. Salim dengan markah kumpulan 68.6% dan Kumpulan Refine dibawa mentor siti Zulaikhah bt Tarzeri mendapat markah kumpulan 67%
Kelas 5A1 pula, Kumpulan Gee dibawa mentor Aina Farahin bt Jahaya berjaya memperolehi 60.75%, diikuti Kumpulan Fragrant dibawa Nur Shafarina bt Nasir berjaya mendapat 57.5% dan Kumpulan Elegance dibawa  mentor Siti Munirah bt Md Zainun mendapat 55.5%. Keputusan kelas boleh dapat di link berikut :
KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC TINGKATAN LIMA 

KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC TINGKATAN EMPAT

KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC TINGKATAN 4
Terlebih dahulu cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada Farisha Aizan bt Ghazali kerana anda telah berjaya skor markah tertinggi dalam ujian kali ini. Syabas dan teruskan usaha anda. Tidak lupa juga bagi mereka yang berjaya skor markah 70 dan ke atas dalam ujian kali ini iaitu : Wong Chin Chan, Najwa Nadeera, Muhammad Nur Hidayat, Muhammad Fahmey, Intan Afiqah, Nur Amirah bt abdul Nasir dan Nur Farhana bt Shabri.
Bagi Kelas 4S1, Kumpulan E dibawa mentor Erni Norliana bt Rahman berjaya mengumpul markah tertinggi bagi ujian kali ini iaitu sebanyak 72.75% .
Bagi Kelas 4A1 pula, markah tertingg ialah Kumpulan C dibawa mentor Rabiahtul Adawiyyah bt Md Ismail dengan markah kumpulan 53.2%.
Keputusan Kelas 4S1 dan 4A1 boleh anda dapat di link Berikut :

 KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC TINGKATAN 4

Tuesday 21 February 2012

KEM PENDIDIKAN GEOGRAFI DAN KAJIAN ALAM SEKITAR

Pada tahun ini, minggu kedua cuti Penggal 1,  Persatuan Geografi dan Alam Sekitar bercadang untuk mengadakan kem pendidikan di Pulau Payar, Kedah. Murid-murid yang berminat bolehlah daftar nama anda dengan guru Geografi kelas anda. Link berikut ialah Kem Pendidikan Geografi di Kem Palas, Kedah dan Kajian Geografi di Kuala Sepetang dan Kuala Gula, Perak. Murid-murid boleh klik link di bawah untuk melihatnya.

KEM PENDIDIKAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR


Kajian Geografi di Kuala Sepetang dan Kuala Gula, Perak

TAJUK SOALAN KAJIAN KUMPULAN TINGKATAN 4

SOALAN  PROGRAM “YOU ARE MY BUDDY” TINGKATAN EMPAT :

KUMPULAN A : PENGARUH  CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
-          PERTANIAN
-          PEMBALAKAN
-          REKREASI DAN PELANCONGAN
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN B : KESAN RUMAH HIJAU
KUMPULAN C : PULAU HABA
KUMPULAN D : HUJAN ASID
KUMPULAN E : JEREBU

- PUNCA BERLAKU / FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJADIAN
- KESAN-KESAN KEJADIAN
- LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA / MENGURANGKAN KESAN

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN F :  HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-          PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN G : EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU DI MALAYSIA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-           PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KUMPULAN H : EKOSISTEM HUTAN KONIFER/ HUTAN POKOK TIRUS DI KANADA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-           PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN POKOK TIRUS
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CATATAN :  Setiap murid perlu mengambil bahagian dalam pembentangan. Hasil kajian haruslah dihantar berasingan mengikut format dalam buku teks (hlm 207 – hlm 256)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday 20 February 2012

TANGGUNG JAWAB MANTOR

TANGGUNG JAWAB MANTOR GEOGRAFI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

Anda telah dipilih sebagai mantor kerana cikgu menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada anda agar anda dapat membantu cikgu meningkatkan prestasi Geografi di kelas anda. Pemilihan anda bukan sebarangan, tetapi berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan dan personaliti anda. Taniah jika anda telah dipilih sebagai mantor. 

Tanggung jawab mantor adalah seperti yang berikut: 

1. Membantu mantee anda sekiranya mantee anda menghadapi masalah dalam 
menjawab soalan latihan mata pelajaran Geografi. (Membimbing dan bukan bagi 
salin jawapan)

2. Berjumpa dengan cikgu sekiranya masalah mantee anda tak mampu untuk menyelesaikannya.

3. Memastikan mantee menghantar buku latihan Geografi sekiranya diminta.

4. Mengagihkan tugasan soalan perbincangan kumpulan, pastikan setiap mantee mempunyai tajuk dan tugasan  masing-masing.

5. Maklumkan/ download ataupun cetak (jika perlu)  makluman terkini kepada mantee anda untuk tindakan bersama selanjutnya.

6. Senantiasa memupuk kerjasama dalam kumpulan; saling bantu membantu dan tolong menolong.

7. Tidak segan diri untuk berjumpa dengan cikgu sekiranya menghadapi masalah pembelajaran mata pelajaranGeografi.

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua mantor dan kepada semua mantee bagi pencapaian Kumpulan Terbaik Tahunan.





PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" MURID TINGKATAN 4

Murid-murid tingkatan 4S1 dan 4A1 boleh menyemak senarai nama kumpulan mereka di link yang berikut:

SENARAI NAMA KUMPULAN "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN 4

Tuesday 7 February 2012

Soalan Kerja Kursus Geografi & Sejarah PMR 2012

Bagi murid-murid yang menduduki PMR tahun ini bolehlah dapat soalan kerja kursus Geografi dan Sejarah di link yang berikut:
Soalan Kerja Kursus PMR 2012

Monday 6 February 2012

SENARAI NAMA KUMPULAN "YOU ARE MY BUDDY " TINGKATAN LIMA

Murid murid tingkatan 5S1 / 5S2 dan 5A1 yang mengambil subjek Geografi SPM boleh menyemak kumpulan mereka bagi "Program You Are My Buddy".

Program "YOU ARE MY Buddy" terdiri daripada Nama Kumpulan Seperti Berikut:
1. Gorgeous                                    9.  Gee
2. Exellent                                     10. Elegance
3. Optimum                                   11. Outshine
4. Great                                        12. Geocentric
5. Refine                                       13. Rhetoric
6. Ace                                          14. Aglow
7. Fragrant                                    15. Flare
8. Impuls                                       16. Ingenious

Senarai Nama "You Are My Buddy" Tingkatan Lima