Monday 26 September 2011

Ulangkaji T4 siri 5 - Perubahan Pandang Darat Fizikal.

Murid-murid Tingkatan 4 sekalian boleh download Ulangkaji Tingkatan 4 (siri 5) perubahan pandang darat fizikal di link yang berikut:

Ulangkaji Tingkatan 4 (siri 5)
.
Latihan ulangkaji Tingkatan 4 yang bersiri ini sesuai juga untuk murid-murid tingkatan 5 khasnya dalam saat-saat genting ini. Bagi mereka yang ada komputer dan printer, downloadlah latihan-latihan ini dan cetak supaya dapat berbincang dan mencari jawapan bersama-sama dengan ahli kumpulan masing-masing. Skema jawapan akan cikgu upload seminggu selepas latihan diberi.

Ya, sila klik link di bawah untuk skema jawapan siri 5.

SKEMA ULANGKAJI TINGKATAN 4 (SIRI 5)

Tuesday 20 September 2011

TIPS BELAJAR GEOGRAFI


TIPS BELAJAR GEOGRAFI
Adakah anda berminat belajar Geografi? Sebenarnya Geografi itu subjek yang menarik dan banyak membantu dalam kehidupan seharian kita. Belajar geografi bukan sahaja membolehkan kita melancong ke seluruh dunia, malahan ia membolehkan kita lebih 'tersedar' tentang apa sahaja yang terjadi disekeliling kita; ekonomi , alam sekitar , politik , teknologi terkini dan banyak lagi.... 
Mengapakah murid-murid hari ini mengatakan subjek Geografi itu susah? Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Di sini cikgu nak berkongsi tips-tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

  1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan subjek geografi.
  2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
  3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
  4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
  5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
  6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
  7. Banyakkan buat latih tubi.Cikgu galakan gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai murid,guru dan pemeriksa.
  8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai dan semak.
  9. Akhir sekali , apa-saja bangsapun, jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.
Bersama-sama ini cikgu sertakan juga info tentang kerjaya Geografi , klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut: - 
KERJAYA GEOGRAFI

Tuesday 13 September 2011

Siri Ulangkaji Tingkatan 4

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 di sekolah kita dijangka akan bermula pada 16 Oktober 2011 sehingga 9 November 2011, maka murid-murid tingkatan 4 sekalian seharusnya telah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksan tersebut. Memandangkan kita dah melengkapkan sukatan Geografi, marilahlah kita bersama-sama mengikuti Ulangkaji Terancang yang bersiri bagi mata pelajaran Geografi tingkatan 4. Kesemua soalan dalam ulangkaji terancang ini adalah berpandukan pada buka teks, jadi jawapan juga terdapat dalam buku teks dengan panduan halaman muka surat diberi.

Ulangkaji terancang ini juga sesuai untuk murid Tingkatan lima yang menghadapi Peperiksaan SPM tahun ini.

Soalan-soalan ulangkaji Tingkatan 4 akan di 'upload' kan dari semasa ke semasa. Murid-murid yang berminat download soalan Ulangkaji Tingkatan 4 boleh klik pada link berikut:
soalan Ulangkaji Terancang Ting.4 - siri 1 (Kajian peta topografi)
soalan Ulangkaji Terancang Ting.4 - siri 2(Kajian peta topo)
soalan Ulangkaji Terancang Ting.4 - Siri 3 (Graf)
soalan Ulangkaji Terancang Ting.4 - siri 4 (Bentuk Muka Bumi dan Potensinya)
skema Ulangkaji Siri 1
skema Ulang kaji Siri 2
skema Ulangkaji Siri 4

Monday 5 September 2011

Peperiksaan Percubaan SPM 2011- Geography

Terutama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada anak-anak murid saya yang telah berjaya skor "A" dalam mata pelajaran Geography; terutamanya Muhammad Asyraaf b. Mohd Nasir yang berjaya memperolehi 93 markah.Well Done! Asyraaf and keep it up. 

Juga kepada Syamsul Insani, Tan Zhi Zin, Erma Aida Amira,Nur Fatin Munira, Nurlyana Izati,Nurul Afiqah, Siti Noor Zuraiha, Norhafifi Shuhada, Nur Farahanim, Jegathis Nair, Mohd Afiq, Mohd Azim Luqman, Mohd Irfan, Yusairi, Inthumathi, Nur Nadzirah, Siti Nazirah ...Terima kasih kerana telah skor "A" dalam Geography, usaha anda telah mendapat balasannya. Cikgu bangga dengan anda.

Bagi mereka yang memperolehi B+ dan B ataupun C dalam percubaan kali ini, jangan putus asas, cikgu pasti, dengan usaha yang gigih, anda pasti boleh berjaya.

Mohd Afiq, Mohd Azim Luqman,  Mohd Irfan dan Yusairi, cikgu nampak perubahan sikap anda yang begitu merangsangkan; daripada mau tak mau, sambil lewa, tak serious, kepada usaha gigih sekarang, tahniah sekali lagi diucapkan.....

Skema Jawapan boleh anda dapat dalam link berikut, klik pada link berkenaan untuk download : Skema Jawapan K1 & K2 Geografi Trial SPM 2011