Tuesday 20 September 2011

TIPS BELAJAR GEOGRAFI


TIPS BELAJAR GEOGRAFI
Adakah anda berminat belajar Geografi? Sebenarnya Geografi itu subjek yang menarik dan banyak membantu dalam kehidupan seharian kita. Belajar geografi bukan sahaja membolehkan kita melancong ke seluruh dunia, malahan ia membolehkan kita lebih 'tersedar' tentang apa sahaja yang terjadi disekeliling kita; ekonomi , alam sekitar , politik , teknologi terkini dan banyak lagi.... 
Mengapakah murid-murid hari ini mengatakan subjek Geografi itu susah? Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Di sini cikgu nak berkongsi tips-tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

  1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan subjek geografi.
  2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
  3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
  4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
  5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
  6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
  7. Banyakkan buat latih tubi.Cikgu galakan gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai murid,guru dan pemeriksa.
  8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai dan semak.
  9. Akhir sekali , apa-saja bangsapun, jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.
Bersama-sama ini cikgu sertakan juga info tentang kerjaya Geografi , klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut: - 
KERJAYA GEOGRAFI

No comments:

Post a Comment