Monday 8 September 2014

GEOGRAFI SPM 2014 - FOKUS UNTUK SKOR A

GEOGRAFI SPM 2015 - FOKUS UNTUK SKOR A

Kertas Trial SPM 2015 bagi mata pelajaran Geografi baru saja lepas, bersyukurlah apabila anak murid cikgu bagi tau cikgu bahawa soalan agak mudah dan boleh dijawab. Tidak sia-sialah usaha kalian menuju ke arah jejak "A" dalam mata pelajaran Geografi.

Cikgu ambil kesempatan di sini mengingatkan kalian anak murid cikgu, lepas Trial SPM ini bukan bererti kalian boleh rehat dan enjoy, malah masa untuk kita membuat ulangkaji dan latihtubi sudah terhad, gunalah setiap titik masa itu dengan sepenuh-penuhnya bagi memastikan kejayaan dalam SPM kelak.

Untuk tahun ini akan terdapat sedikit perubahan format dalam peperiksaan Geografi, iaitu lebih kurang 20% soalannya ialah soalan KBAT. Risau? No worry, pegang pada kata perpatah, usaha tangga kejayaan....


FOKUS UNTUK SKOR A 2014 :

Tahun 2013, daripada 102 orang calon Geografi, kita telah berjaya memperolehi 6 orang A+ dan 38 orang calon A, tahun ini cikgu harap anda dapat mengatasi keputusan tahun lepas. Daripada analisis yang dibuat, calon Geografi SPM 2014 bolehlah memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang berikut:

Kertas 1 Geografi - Membuat latih tubi soalan-soalan tahun lepas, buatlah semua soalan objektif yang terdapat dalam modul Geografi,  inilah cara terbaik untuk skor   'A'  dalam kertas 1. Setiap tahun ada soalan berulang-ulang disoal. 

Untuk dapat A/A- , calon sekurang-kurangnya betul 30/40 dan tidak kurang daripada 35/40  untuk skor A+. Tidak ada "short-cut" kecuali "latih to A" (bukan latihtuBi)

Kertas 2 Geografi - 

Soalan 1 - 5 : Kemahiran Geografi , beri tumpuan kepada:
- mencari bearing, jarak dan luas (keluar setiap tahun)
- peringkat aliran sungai + bukti
(hulu -lurah sempit, ada air terjun, jeram,  banyak garisan kontur/ tanah tinggi)
(hilir - lurah lebar, pamah, paya bakau, pinggir pantai, tanaman padi, mendapan, tasik ladam,likuan sungai dll)
-fungsi sungai/ tasik/ tumbuhan semula jadi
-simbol : titik / garisan / kawasan
-fungsi bandar / halangan bandar
- pola petempatan + faktor
-pola saliran
- jenis tanaman getah/ kelapa sawit atau padi + faktor

Soalan 6 & 7 : beri tumpuan kepada tajuk
- luluhawa
-cuaca dan iklim
-aktiviti gnung berapi
-sistem bumi

Soalan 8-11: beri tumpuan kepada tajuk
-pembinaan
-migrasi penduduk/piramid penduduk
-perikanan/ nama-nama pelabuhan
-perlombongan dan kepentingannya
-tumbuhan semulajadi


Jangan lupa membawa alatan berikut semasa peperiksaan:

1.  kalkulator
2.  pembaris panjang
3.  benang no.10 ( untuk mengukur jarak atau guna jalur kertas)
4.  pen berlainan warna/ color pesel  untuk graf garis berganda/ carta pai
5.  jangka sudut 

Yang penting, hadiri kelas jejak A dan bimbingan berfokus yang akan diadakan kelak.

SEMOGA BERJAYA...........................SPM 2015

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete