Tuesday 21 February 2012

KEM PENDIDIKAN GEOGRAFI DAN KAJIAN ALAM SEKITAR

Pada tahun ini, minggu kedua cuti Penggal 1,  Persatuan Geografi dan Alam Sekitar bercadang untuk mengadakan kem pendidikan di Pulau Payar, Kedah. Murid-murid yang berminat bolehlah daftar nama anda dengan guru Geografi kelas anda. Link berikut ialah Kem Pendidikan Geografi di Kem Palas, Kedah dan Kajian Geografi di Kuala Sepetang dan Kuala Gula, Perak. Murid-murid boleh klik link di bawah untuk melihatnya.

KEM PENDIDIKAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR


Kajian Geografi di Kuala Sepetang dan Kuala Gula, Perak

TAJUK SOALAN KAJIAN KUMPULAN TINGKATAN 4

SOALAN  PROGRAM “YOU ARE MY BUDDY” TINGKATAN EMPAT :

KUMPULAN A : PENGARUH  CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
-          PERTANIAN
-          PEMBALAKAN
-          REKREASI DAN PELANCONGAN
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN B : KESAN RUMAH HIJAU
KUMPULAN C : PULAU HABA
KUMPULAN D : HUJAN ASID
KUMPULAN E : JEREBU

- PUNCA BERLAKU / FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJADIAN
- KESAN-KESAN KEJADIAN
- LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA / MENGURANGKAN KESAN

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN F :  HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-          PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUMPULAN G : EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU DI MALAYSIA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-           PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



KUMPULAN H : EKOSISTEM HUTAN KONIFER/ HUTAN POKOK TIRUS DI KANADA DAN KESAN PENEROKAANNYA

-           PENGENALAN CIRI-CIRI DAN TABURANNYA
-          KEPENTINGAN HUTAN POKOK TIRUS
-          KESAN PENEROKAAN TERHADAP ALAM SEKITAR
-          LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CATATAN :  Setiap murid perlu mengambil bahagian dalam pembentangan. Hasil kajian haruslah dihantar berasingan mengikut format dalam buku teks (hlm 207 – hlm 256)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday 20 February 2012

TANGGUNG JAWAB MANTOR

TANGGUNG JAWAB MANTOR GEOGRAFI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

Anda telah dipilih sebagai mantor kerana cikgu menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada anda agar anda dapat membantu cikgu meningkatkan prestasi Geografi di kelas anda. Pemilihan anda bukan sebarangan, tetapi berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan dan personaliti anda. Taniah jika anda telah dipilih sebagai mantor. 

Tanggung jawab mantor adalah seperti yang berikut: 

1. Membantu mantee anda sekiranya mantee anda menghadapi masalah dalam 
menjawab soalan latihan mata pelajaran Geografi. (Membimbing dan bukan bagi 
salin jawapan)

2. Berjumpa dengan cikgu sekiranya masalah mantee anda tak mampu untuk menyelesaikannya.

3. Memastikan mantee menghantar buku latihan Geografi sekiranya diminta.

4. Mengagihkan tugasan soalan perbincangan kumpulan, pastikan setiap mantee mempunyai tajuk dan tugasan  masing-masing.

5. Maklumkan/ download ataupun cetak (jika perlu)  makluman terkini kepada mantee anda untuk tindakan bersama selanjutnya.

6. Senantiasa memupuk kerjasama dalam kumpulan; saling bantu membantu dan tolong menolong.

7. Tidak segan diri untuk berjumpa dengan cikgu sekiranya menghadapi masalah pembelajaran mata pelajaranGeografi.

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua mantor dan kepada semua mantee bagi pencapaian Kumpulan Terbaik Tahunan.





PROGRAM "YOU ARE MY BUDDY" MURID TINGKATAN 4

Murid-murid tingkatan 4S1 dan 4A1 boleh menyemak senarai nama kumpulan mereka di link yang berikut:

SENARAI NAMA KUMPULAN "YOU ARE MY BUDDY" TINGKATAN 4

Tuesday 7 February 2012

Soalan Kerja Kursus Geografi & Sejarah PMR 2012

Bagi murid-murid yang menduduki PMR tahun ini bolehlah dapat soalan kerja kursus Geografi dan Sejarah di link yang berikut:
Soalan Kerja Kursus PMR 2012

Monday 6 February 2012

SENARAI NAMA KUMPULAN "YOU ARE MY BUDDY " TINGKATAN LIMA

Murid murid tingkatan 5S1 / 5S2 dan 5A1 yang mengambil subjek Geografi SPM boleh menyemak kumpulan mereka bagi "Program You Are My Buddy".

Program "YOU ARE MY Buddy" terdiri daripada Nama Kumpulan Seperti Berikut:
1. Gorgeous                                    9.  Gee
2. Exellent                                     10. Elegance
3. Optimum                                   11. Outshine
4. Great                                        12. Geocentric
5. Refine                                       13. Rhetoric
6. Ace                                          14. Aglow
7. Fragrant                                    15. Flare
8. Impuls                                       16. Ingenious

Senarai Nama "You Are My Buddy" Tingkatan Lima