Saturday 9 November 2013

GEOGRAFI SPM 2013 - FOKUS UNTUK SKOR A

GEOGRAFI SPM 2013 - FOKUS UNTUK SKOR A

Perhatian kepada semua anak-anak murid yang mengambil Geografi SPM, tarikh hari peperiksaan Geografi jatuh pada 28 Nov 2013 (Khamis); 

Geografi Kertas 1 :    11.15 - 12.30 tengah hari
Geografi Kertas 2 :    2.00 - 4. 00 petang

Jangan lupa membawa alatan berikut:

1.  kalkulator
2.  pembaris panjang
3.  benang no.10 ( untuk mengukur jarak atau guna jalur kertas)
4.  pen berlainan warna untuk graf garis berganda
5.  jangka sudut 

FOKUS UNTUK SKOR A:

Kebelakangan ini ramai anak-anak murid dan rakan rakan tanya tentang soalan spot Geografi, jadi, daripada analisis yang dibuat, calon Geografi SPM 2013 bolehlah memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang berikut:

Kertas 1 Geografi - Membuat latih tubi soalan-soalan tahun lepas, inilah cara terbaik untuk skor   'A'  dalam kertas 1. Setiap tahun ada soalan berulang-ulang disoal.

Kertas 2 Geografi - 
Soalan 1 - 5 : Kemahiran Geografi , beri tumpuan kepada:
- mencari bearing, jarak dan luas
- peringkat aliran sungai + bukti
-fungsi sungai/ tasik/ tumbuhan semula jadi
-simbol : titik / garisan / kawasan
-fungsi bandar / halangan bandar
- pola petempatan + faktor
-pola saliran
- jenis tanaman getah/ kelapa sawit atau padi + faktor

Soalan 6 & 7 : beri tumpuan kepada tajuk
- luluhawa
-cuaca dan iklim
-aktiviti gnung berapi

Soalan 8-11: beri tumpuan kepada tajuk
-pertanian dan penternakan
-piramid penduduk
-perikanan/ nama-nama pelabuhan
-perlombongan dan kepentingannya
-tumbuhan semulajadi

SEMOGA BERJAYA...........................SPM 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA GEOGRAFI

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA GEOGRAFI

First of all cikgu nak mohon maaf kerana lambat mengumumkan keputusan teka silang kata, anyway,  TAHNIAH kepada kmpulan Dinamik yang diketuai oleh Afiqah Intan Bt Mohd Ariff bersama-sama manteenya Nor Ain Azwani bt Muhamad Azuhari, Nur Iffah Bt Ismail dan Syafika Bt Abdul Ghani. TAHNIAH !!!

Tidak ada kumpulan yang betul kesemua jawapan, kumpulan Dinamik dan beberapa kumpulan lain hanya salah satu soalan, dan kumpulan Dinamik dipilih sebagai pemenang kerana kumpulan ini paling awal menghantar jawapan mereka. Kumpulan lain walaupun tidak memenangi haiah tapi masih boleh memperolehi markah bonus untuk kumpulan masing-masing, pengiraan markah untuk kumpulan terbaik masih dalam proses ... sabar...

Klik dibawa untuk dapatkan jawapan teka silang kata:

JAWAPAN TEKA SILANG KATA GEOGRAFI 2013