Saturday 9 November 2013

GEOGRAFI SPM 2013 - FOKUS UNTUK SKOR A

GEOGRAFI SPM 2013 - FOKUS UNTUK SKOR A

Perhatian kepada semua anak-anak murid yang mengambil Geografi SPM, tarikh hari peperiksaan Geografi jatuh pada 28 Nov 2013 (Khamis); 

Geografi Kertas 1 :    11.15 - 12.30 tengah hari
Geografi Kertas 2 :    2.00 - 4. 00 petang

Jangan lupa membawa alatan berikut:

1.  kalkulator
2.  pembaris panjang
3.  benang no.10 ( untuk mengukur jarak atau guna jalur kertas)
4.  pen berlainan warna untuk graf garis berganda
5.  jangka sudut 

FOKUS UNTUK SKOR A:

Kebelakangan ini ramai anak-anak murid dan rakan rakan tanya tentang soalan spot Geografi, jadi, daripada analisis yang dibuat, calon Geografi SPM 2013 bolehlah memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang berikut:

Kertas 1 Geografi - Membuat latih tubi soalan-soalan tahun lepas, inilah cara terbaik untuk skor   'A'  dalam kertas 1. Setiap tahun ada soalan berulang-ulang disoal.

Kertas 2 Geografi - 
Soalan 1 - 5 : Kemahiran Geografi , beri tumpuan kepada:
- mencari bearing, jarak dan luas
- peringkat aliran sungai + bukti
-fungsi sungai/ tasik/ tumbuhan semula jadi
-simbol : titik / garisan / kawasan
-fungsi bandar / halangan bandar
- pola petempatan + faktor
-pola saliran
- jenis tanaman getah/ kelapa sawit atau padi + faktor

Soalan 6 & 7 : beri tumpuan kepada tajuk
- luluhawa
-cuaca dan iklim
-aktiviti gnung berapi

Soalan 8-11: beri tumpuan kepada tajuk
-pertanian dan penternakan
-piramid penduduk
-perikanan/ nama-nama pelabuhan
-perlombongan dan kepentingannya
-tumbuhan semulajadi

SEMOGA BERJAYA...........................SPM 2013

1 comment: