Thursday, 30 May 2013

Teka Silang Kata Geografi

Teka Silang Kata Geografi  : Untuk Perhatian mentor-mentor program You Are My Buddy, sila muat turun teka silang kata Geografi dan dapatkan jawapan bersama-sama mentee anda, selain daripada hadiah untuk pemenang, setiap penyertaan juga akan dapat mata untuk kumpulan masing-masing.
Selamat Mencuba!

Sila Klik Link Berikut untuk muat turun : Teka Silang Kata Geografi

Sunday, 19 May 2013

Program You Are My Buddy Tingkatan 4 & Tingkatan 5 Tahun 2013

Program You Are My Buddy Tingkatan 4 & Tingkatan 5

Selamat sejahtera kepada semua anak-anak murid yang cikgu sayangi.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 sedang berlangsung, di sini saya mengambil kesempatan mendoakan kalian semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin dan baik . 

Cuti Penggal Pertama "around the corner", jadi janganlah lupa tugasan masing-masing. Di sini cikgu dah upload senarai tugasan "You Are My Buddy" berserta dengan ahli kumpulan masing-masing.  Sila klik link di bawah :
Senarai Tugasan Dan Ahli Kumpulan Program You Are My Buddy

(Sekiranya ada perubahan ahli kumpulan, sila maklumkan kepada cikgu secepat mungkin).

Disamping itu juga, untuk mengisi masa lapang sepanjang masa cuti, satu pertandingan meneka silang kata Geografi akan diadakan khas untuk Kumpulan Program You Are My Buddy. Kumpulan mana yang dapat jawapan paling tepat dan paling awal menghantar jawapannya akan mendapat vocher KFC  berserta markah bonus 50 mata untuk kumpulannya. Kumpulan penyerta yang lain akan mendapat markah bonus 20 mata. 

Soalan teka silang kata akan di"upload" pada masa cuti, sila ambil perhatian. Tarikh tutup ialah pada 20 Jun 2013.

Tuesday, 5 February 2013

KERJA KURSUS PMR 2013

KERJA KURSUS PMR  2013

Bagi murid-murid yang menduduki Peperiksaan PMR tahun ini, soalan kerja kursus Geografi dan Sejarah dah boleh dapat di link di bawah. Kaji soalan dan buatlah persiapan apa yang perlu dalam masa cuti ini supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar dan baik. klik link di bawah untuk soalan kajian :

Kerja Kursus Sejaran PMR 2013

Kerja Kursus Geografi PMR 2013






Wednesday, 16 January 2013

RANCANGAN GEOGRAFI TING.4 DAN TING 5 TAHUN 2013

RANCANGAN GEOGRAFI TING.4 DAN TING. 5 TAHUN 2013

Untuk perhatian anak-anak murid yang mengambil Geografi SPM, 

Anda boleh download Rancangan Tahunan Geografi Tingkatan Empat atau Tingkatan Lima untuk membuat persiapan di rumah sebelum cikgu mengajar. Murid-murid boleh merujuk kepada Rancangan Tahunan Cikgu dan membuat persiapan (membaca, membuat nota ringkas) bagi tajuk-tajuk yang akan diajar nanti.

Klik di link berikut untuk Rancangan Tahunan berkenaan.

RANCANGAN TAHUNAN GEOGRAFI TINGKATAN EMPAT 

RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN LIMA 2013

Sekian, selamat dan seronok belajar. 

Saturday, 1 December 2012

Soalan "spot" Geografi SPM 2012

Kebelakangan hari ramai anak murid cikgu menghubungi cikgu dan tanya tentang soalan spot Geografi. Sebenarnya soalan spot cuma merupakan soalan analisis tahun-tahun lepas dan juga pengumpulan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri yang lain.

Untuk tahun ini, bagi soalan struktur ( soalan 6-7), berilah tumpuan kepada tajuk gunung berapi, luluhawa kimia, tolok hujan atau anemometer, hujan asid, pulau haba dan hutan konifer.

Untuk bahagian esei, tumpu pada tajuk piramid progresif / stabil, faktor kadar kelahiran tinggi, kesan penduduk lebihan / kurangan; pembandaran, faktor mempengaruhi dan taburan petempatan bandar; perikanan dan perlombongan petroleum / bijih timah. Keterangan lanjut boleh klik link berikut:

 SOALAN "SPOT" GEOGRAFI SPM 2012

Semoga anak-anak murid cikgu selamat menjawab pada 3hb dan 4hb Desember 2012 dan berjaya skor A!!!

Wednesday, 17 October 2012

Percubaan Geografi SPM 2012 negeri Pahang


Perhatian untuk anak-anak murid SMK Bedong yang mengambil Geografi SPM, dapatkan soalan Percubaan Negeri Pahang dan Skema di link berikut:

Trial SPM Geografi Pahang 2012

Monday, 24 September 2012

Skema Jawapan Trial SPM Geografi 2012 Negeri Kedah


Skema Jawapan Trial SPM Geografi  2012 Negeri Kedah

Bagi anak-anak murid cikgu bolehlah klik link di bawah untuk dapatkan skema jawapan negeri Kedah.

Skema jawapan Trial Geografi 2012