Monday 20 February 2012

TANGGUNG JAWAB MANTOR

TANGGUNG JAWAB MANTOR GEOGRAFI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

Anda telah dipilih sebagai mantor kerana cikgu menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada anda agar anda dapat membantu cikgu meningkatkan prestasi Geografi di kelas anda. Pemilihan anda bukan sebarangan, tetapi berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan dan personaliti anda. Taniah jika anda telah dipilih sebagai mantor. 

Tanggung jawab mantor adalah seperti yang berikut: 

1. Membantu mantee anda sekiranya mantee anda menghadapi masalah dalam 
menjawab soalan latihan mata pelajaran Geografi. (Membimbing dan bukan bagi 
salin jawapan)

2. Berjumpa dengan cikgu sekiranya masalah mantee anda tak mampu untuk menyelesaikannya.

3. Memastikan mantee menghantar buku latihan Geografi sekiranya diminta.

4. Mengagihkan tugasan soalan perbincangan kumpulan, pastikan setiap mantee mempunyai tajuk dan tugasan  masing-masing.

5. Maklumkan/ download ataupun cetak (jika perlu)  makluman terkini kepada mantee anda untuk tindakan bersama selanjutnya.

6. Senantiasa memupuk kerjasama dalam kumpulan; saling bantu membantu dan tolong menolong.

7. Tidak segan diri untuk berjumpa dengan cikgu sekiranya menghadapi masalah pembelajaran mata pelajaranGeografi.

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua mantor dan kepada semua mantee bagi pencapaian Kumpulan Terbaik Tahunan.





No comments:

Post a Comment